KELIRU ? SIHAT KE TAK SIHAT ?

Bismillah.

Hai Health-lovers , dah lama tak turun padang..rasa seronok juga dapat berinteraksi dengan manusia secara 'eye-to-eye'.  Cik Puan ni sebenarnya jumpa saya melalui Mr. Google jugak . Terima kasih pada Mr Google kerana telah kenalkan beberapa orang rakan se-minat dengan saya ......antara hikmah2 apabila kita di grounded ialah kita jadi bijak-internet....justeru melebarkan sayap yang jauh lebih lebar ,malah tak ada batasan :).

Setibanya saya di LRT Gombak , dapat teksi ke Desa Minang....teksi tersebut tetiba berasap tengah jalan .Saya berjalan kaki lepas tu....he he ...tetap rasa seronok ,memandangkan dah sekian lama berkomuniasi setakat on-line semata2 ..Cik Puan M nampak begitu tak berdaya ,pucat dan sembab sikit .Bermulalah sessi one-to-one . Beliau & anak perempuanya kekeliruan dengan keadaanya yang sebelum ni cergas , sihat dan jarang sekali demam , apatah lagi sakit2 berat....tak pernah sekali . Oleh kerana tak tahan , suaminya dah bawa beliau ke klinik ,dimana mereka diberitahu bahawa tak ada masaalah apa2..Mula2 saya buat presentation tentang kesihatan . Lepas tu, baru kita berbual.



                                                                 
Sambil berbual ,saya membuat shiatsu di bahagian tangan Cik Puan M. ....soalan demi soalan dengan tujuan supaya masaalah beliau di kenalpasti .

Soalan ;
  • Tentang pembuangan  
  •  Stress
  •  Waktu tidur
  • Pemakanan
  • Senaman
Hasil dari celoteh gelak ketawa baru beliau sedar puncanya masaalah yang dialami sekarang :

  • Pembuanngan : najis tak terapung , dan beliau memang selama2 ni bergantung harap kepada 'laxatives' 
  • Tidur sangat lewat & tidak nyenyak
  • Kurang makan sayur & buah2an , makan gula putih, suka minum ais
  • Mandi malam dan suka ber'air-con'
  • Stress( tak sempat nak tanya) 
--------------------------------------------------------

MASIH KELIRU TAK ??

Ulasan

Catatan Popular