RAMADHAN PROPOSAL - siapa berani cuba?



Bismillah .

Assalaamualaikum dear health-lovers,

Salah satu cara untuk  mengelakkan keterlaluan dalam 'iftaar' (berbuka puasa) ialah membuat perancangan awal tentang menu  kita. Kalau tidak nanti kita jadi rambang mata terutama sekali bila masuk ke-pasar Ramadhan . Baik baik nak cuci sistem badan yang  dah berkarat-karat kononya , aktiviti yang bercanggah-detox pula nanti yang kita ter'pilih '. Jom kita kumpul & senaraikan menu yang lain sikit daripada tahun2 yang lalu . Teringat peristiwa yang mencuit hati semasa kami bermastautin di Ar-Riyadh, ibu negara Arab Saudi dulu.

Yang bestnya (alahai rinduuunya..) berpuasa disana suasana dibulan Ramadan amat busy......berbuka dirumah sendiri hanya sehari dua sahaja dalam sebulan tu , yang selainya semua diundang kerumah rakan-rakan ....dari berbagai negara dan berbagai status sosial.
Ada satu hari kami di undang berbuka nun jauh di rumah kaum badwi yang terletak ditengah2 padang pasir diantara pokok pokok kurma. Rumah dari tanah liat in its raw form  - menarik , pengalaman unik . Perjalanan masuk ke kawasan tersebut terasa amat lama...pasal tak biasa agaknya . Setiba dirumah brother Arab tu perut dah kebuluran . Anak-anak saya masa tu baru tiga orang ( berumur 3 , 4 dan 5 tahun) dah gelisah kehausan , kelaparan dan kepenatan...... budak  maalumlah .Yang lebih menarik ialah menu hidangan untuk iftaar hari itu .

Untuk mengistiharkan majlis berbuka puasa seperti kebiasaanya disana , kami di hidangi kurma dan laban ( a nutrilecious yogurt drink ). Selalunya nasi tradisional mereka akan menyusul ...memandangkan hidangan tersebut menjadi kegemaran kami dan tambahan pulak kami sedang menggeletar kebuluran tamparan berjalan jauh merentas padang pasir tadi ....rasa tak sabar2 nak tunggu lebih lama lagi.
Agak aneh malam tu lain pulak caranya ....Tak pernah sepanjang hidup kami di tanah arab (yang terkenal dengan their standard cuisine of the standard Arabic rice , standard salad, standard creme caramel and standard everything yang serupa sahaja disetiap rumah , cuma berbeza sikit-sikit mengikut kemewahan setiap keluarga ....maknanya menu tetap sama cuma di tolak atau ditokok bahan2 hiasan dll) terjumpa majlis berbuka seperti malam tu . Kami & tetamu-tetamu yang turut hadhir pada malam itu di beri sebilah pisau kecil dan tajam, setiap seorang dan di hidangkan berbagai-bagai jenis buah-buahan yang sangat banyak......berdulang2 penuh .  Mula2 rasa terkilan sebab dah terliur teringat2 nasi arab....kita kan dah biasa makan nasi untuk berbuka...Suka tak suka , makanlah juga , bahkan banyak jugak kami jamu diri.....lapar punya pasal....Suprisingly ...okay jugak makan buah2an banyak2....Malah yang bestnya terawih tak mengantuk .....

Apa macam ? Berani tak cuba this Ramadhan ??? ...

Here are some ideas ...just in case anda kebuntuan . 

** HAPPY CREATING TOWARDS A HEALTY RAMADHAN **




Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular