YUNGKIEN GANODERMA

KEBAIKAN YUNGKIEN GANODERMA

Selasa 3hb.September,2013.
27hb.Syawwal,1434.

Bismillah.
     Diantara produk-produk kesihatan Shuang Hor , Yung Kien Ganodermalah yang paling popular. Ia merupakan produk utama kami , maka tak heranlah kalau ia mencipta nama di kalangan pengamal rawatan alternatif mahupun yang gemar ubat barat.


Yung Kien Ganoderma.
Kandungan : 60biji kapsul Lingzhi ( 100%)
Harga :          Rm270.00 ( untuk ahli ), Rm310 ( bukan ahli)
Khasiatnya : Disebabkan oleh ciri adaptojeniknya, Yung Kien Ganoderma bermampu-daya untuk menyeimbangkan keseluruhan sistem tubuh kita ; dalam keadaan demikian badan kita dapat menangkis kebanyakkan penyakit termasuk barah, diabetes dan SLE. Pendek kata, bila kesemua sistem tubuh kita beroperasi seirama ( sistem respirasi, edaran, metabolisma, saraf dan penghadaman) ,apa penyakit pun tak patut terjadi melainkan yang kongenital ( yang sedia ada semasa lahir ). Ramai orang
kekeliruan tentang ' Raja segala Herba' ni.

Adakah produk ni sejenis food supplement ( makanan tambahan)?
Jawapanya ialah tidak.
Ia tidak sama-sekali berciri-ciri sebagai food /dietary supplement kerana ia tidak mengandungi apa2 vitamin, garam galian , asid amino , asid lemak dan sebagainya sepertimana terdapat didalam makanan2 tambahan.
Ganoderma atau Lingzhi merupakan sejenis adaptogen ..contoh herba lain yang dikategorikan bersamanya ialah Ginseng, Eleuthero dan Likorice .

Apa yang di maksudkan dengan 'adaptogen' ?
Berpunca dari istilah adapt iaitu menyesuaikan, Yung Kien Ganoderma dapat membawa sistem badan kita ke suatu peringkat stabil-imbang secara keseluruhan . Justeru laras gula dalam darah, tekanan darah , tahap hormon, kolesterol samada terlalu tinggi atau terlalu rendah , kesemuanya akan menjadi optima sebagaimana keadaan asal sebenar yang diamanahkan kepada kita , ia-itu 'perfect balance' (kesempurnaan). Tika badan kita berada dalam keadaan demikian, segala bakteria, viras atau apa penyakit sekalipun tidak akan dapat rempuh kubu sistem pertahanan kita. Malah andaikata kita berpenyakit , dengan mengambil Ganoderma yangmana akan merobah-suai dan selenggara semula seluruh sistem badan terutama sistem imun , insyaAllah diri kita sendiri  berupaya menawan , menyingkir dan menghapuskan apa-apa penyakit yang ada pada kita samada besar ataupun kecil (migrain, jeragat, senggugut dll ) . Dengan ini saya harap terjawablah salah satu dari FAQ tentang 'Herba Ajaib' ini
"Bagaimana pulak satu jenis 'ubat' ni dimakan untuk merawat berbagai2 penyakit ? ...takkanlah mungkin ", persoalan yang timbul dari kebanyakkan orang.
Jawapanya : Yang memulihkan semua penyakit sekali gus dalam badan seseorang yang makan jenis cendawan ni bukan tumbuhan ini sendiri, secara langsung. Namun perananya agak relevan kerana ia yang mencetuskan proses baik pulih sehingga kita kembali ke keadaan asal...hasilnya semua penyakit beres . Operasi berunsur integratif ini adalah disebabkan oleh kandungan semulajadi yang terdapat didalamnya. Yung Kien Ganoderma dihasilkan dari Lingzhi gred tinggi yang dibiakkan sendiri oleh Kumpulan Shuang Hor . Ia mengandungi Triterpenes, Polisakarida Molekul, Adenosina dan Protin Mikro Molekul yang amat berharga. Kandungan  yang berkesan istimewa tersebut dapat menyelaraskan daya immuniti,mempertingkatkan metabolisme,,memperbaiki kesihatan dan tanda tanda alah dan mempergiatkan fungsi metabolisme hati. Ia adalah sejenis makanan kesihatan yang dapat mengekalkan kesihatan jika dimakan beristiqomah buat jangkamasa panjang. Yung Kien Ganoderma  mendapat pengiktirafan dari Jawatankuasa Penilaian Kesihatan , Jabatan Kesihatan Taiwan . Ia memprolehi Akreditasi Makanan Kesihatan yang pertama di Taiwan untuk menyelaraskan immuniti dan menyihatkan hati.
Akreditasi Makanan Kesihatan #A0003
A.Mengikut keputusan kajian keatas binatang & in vitro ia
  1. dapat mempergiatkan penghasilan antibodi.
  2. dapat tingkatkan kadar penambahan sel-sel immuniti.
  3. dapat menyelaraskan fungsi sel-T.
  4. dapat mengaktifkan sel pembunuh semula-jadi.
  5. dapat menggiatkan keaktifan fagosit.
B.Mengikut keputusan kajian keatas binatang ia berkesan untuk merawat kecederaan limpa & hati tikus akibat pendedahan pada Karbon Tetraklorida. Dan ia :

  1. dapat menurunkan serum GOT dan GPT
  2. dapat menambahkan kandungan protin dalam hati.

Perjalanan Lingzhi didalam badan.
    Mula2 sekali bila seseorang menelan lingzhi , ia akan menyingkirkan toksin keluar dari badan . Suka saya sebut disini, selalunya sipengguna mungkin rasa terlalu ngantuk atau kencing kerap atau sakit kepala atau peluh banyak, gegatal dan macam-macam lagi .....  semua ni ialah tindakbalas positif kerana ia adalah fenomena pembuangan toksin yang menjadi wajib jika idamkan kesihatan optima. Malah patut dialukan sangat kedatangan simtom2 krisis penyembuhan ini, dan harus diteruskan pengambilan produk . Ia sementara sahaja. Selesai proses pembersihan ini, sel-sel hati dan sel sistem Imun yang baru , akan dirangsang tumbuh . Bila berlaku demikian ,dengan terhasilnya sistem serba baru , maka dengan secara otomatis penyakit-penyakit akan lenyap.

Mengapa harus pilih Lingzhi yang dikeluarkan oleh Shuang Hor?
Ramai juga yang mempelawa saya cuba lingzhi jenama-jenama lain yang terdapat banyak dipasaran. Setakat ni , dah hampir 20 tahun saya selaku pengedar tegar disini  terus terang saya belum lagi jumpa pesaing sehebat lingzhi kami kerana ciri -ciri yang berikut :
  1. Ia dijamin selamat diguna untuk semua orang ,dari bayi baru lahir, wanita hamil , pesakit tenat sehingga orang yang sangat tua. Selain dari itu , tidak ada pantang larang atau had tertentu untuk dos pengambilanya.
  2. Ia bertindak sebagai 'makanan-pelbagai-fungsi'. Dalam ertikata lain, kita mungkin mengambilnya demi sesuatu penyakit yang khusus contohnya kencing manis sahaja ,walhal kita ada semput dan resdung , bagusnya ketiga-tiga masaalah akan terurus . Saperti dalam keterangan di atas tadi, sistem imun yang telah diperbaiki mampu membasmikan segala, insyaAllah.
  3. Ia mempunyai sifat 'laras dua arah'. Maksudnya ia menurunkan tekanan tinggi darah dan sebaliknya menaikkan tekanan rendah , .....serupa dengan tahap gula , hormon kolesterol dll.
  4. Terbukti keberkesananya dalam kes barah, denggi, kencing manis, prolapsed disc,....dsbagainya.
Akhir sekali, perlu saya tekankan yang ada syarat & tindakan disiplin yang wajib di amalkan supaya penggunaan Yung Kien Ganoderma jadi lebih menjimatkan dan berkesan .
  • Makan produk ikut peraturan dengan baik.
  • Amalkan tidur berkualiti.
  • Lakukan senaman konsisten.
  • Amalkan pemakanan sihat
  • Belajar tangani stress dengan bijak.
  • Yakin pada produk 
 Semoga sihat dan aafiat, Nina.









Ulasan

Catatan Popular