BAYI KEMBUNG : APA HARUS DIBUAT?

Ahad 5/1/14  7.01pm.

    Ada sorang ibu muda , baru lahirkan anak sulung lelaki dah nak habis pantang lebih kurang. Kesian pulak dengar cerita babynya tak habis2 kembung. Biasalah kita ibu2 ni gelabar tak tentu arah bila bayi kecik ( terutamanya) kita nampak tak selesa , contohnya hidung sumbat . Tak sampai hati bila simanja serba tak kene, ni kan lagi perut kembung berlarutan dan akhirnya semalam mula muntah2 setiap kali bangun. Mula2, muntahnya tak begitu banyak.....tapi sekarang dah agak merisaukan.
    Ibu dah cuba segala macam saranan yang di beri, termasuklah :

  • tuam dengan sireh
  • urut tapak kaki
  • sapu minyak di dada dan dibelakang .............semua tak berkesan.
Apa penyebab2 mungkin kembung ya?

1. Kembung berpunca dari angin dalam usus , oleh itu masaalah sistem peghadaman adalah diantara sebab yang mungkin. Kadang2 bayi alah kepada laktos yang terdapat pada protin susu lembu. Walaubagaimanapun baby ni 100% breastfed. ....mmm.
2. Sakit ulu hati yang berpunca dari asid perut dan susu yang melimpah balik kedalam esofagus .
3. Sistem penghadaman yang belum matang.
4. Angin didalam saluran penghadaman.
5. Tahap hormon yang bertambah dan menyebabkan sakit perut dan rasa tak menentu.
6. Terlalu sensitif kepada perubahan keliling seperti suhu atau cahaya.
7. Sistem saraf yang belum cukup matang.
8. Makanan & minuman ibu yang mengalir ke dalam susu memainkan peranan utama . Harus siIbu pastikan jaga aspek ni dengan baik.
9. Keadaan emosi Ibu dan bayi yang tak tenang.

Apa nak buat ? Dalam kembung yang tak serius, bayi selalunya dapat dipujuk cara berkesan dengan
  •  dukung berdiri, sambil tepuk pelahan2an dibelakangnya , sambil berjalan2
  •  panaskan minyak suam2  dan sapukan pada dada, belakang dan tapak kaki sambil urut perlahan2.
  • suapkan sedikit minyak kelapa dara atau minyak zaitun
  • bagi Lactoberry , salah satu dari produk Shuanghor. Ia terdiri dari probiotik & prebiotik ( bakteria baik didalam usus dan makananya)

Lacto-Berry
 Apa tu lacto-berry?
Ia terdiri dari probiotik & juga prebiotik  iaitu bakteria-baik untuk kesihatan usus dan makanan untuknya. Caranya ialah dengan mula2 lumurkan puting dengan minyak, seterusnya tempelkan serbuk lacto-berry sebelum setiap kali menyusu. Cara yang lain ialah dengan menyuap terus ke mulut baby , boleh juga dibancuh sedikit air dulu jika rajin.

ps : jangan guna Gripe Water ye!

Ulasan

  1. Gripe water ialah cecair yang amat popular pada satu masa dulu, khususnya masa saya dalam sekolah rendah dulu. Kaum ibu pada zaman tu suka bagi bayi mereka minum gripe water untuk cegah kembung.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular