CARTA-KAKI REFLEKSOLOJI
Refleksoloji |
Assalamualaikum dear health-lovers,
Tahu tak yang tapak kaki kita boleh pengaruhi hal2 lain di seluruh badan kita? Pada kedua2 belah tapak kaki kita terdapat lebih dari 7,000 mata saraf, yang di gelar refleks . Setiap titik refleks ni mewakili organ2 badan yang tertentu. Dengan menekan titik refleks organ berkenaan, kita dapat merangsang saraf dan laluan tenaga justeru membukanya andaikata ia tersumbat ataupun tersekat sesak.
Antara nya :
Sistem Penghadaman.Isu2 penghadaman adalah isu yang paling kerap dirawat dengan kaedah refleksoloji.
Titik refleksoloji : Dibawah tapak kaki kita ,terdapat pusat saraf , yang mana jika di tekan akan melegakan sakit bahagian perut.
Caranya: Guna bola golf atau apa2 yang kecil dan keras yang ada dalam rumah. Saya guna ibu jari . Tekan2 di sepanjang bahagian tengah tapak kaki. Ini dapat melegakan perut dan melancarkan edaran darah dibahagian tersebut. Rangsangan pada bahagian tengah tapak , boleh membuka laluan tenaga kepada organ2 yang berkaitan dengan pencernaan seperti perut, usus besar dan usus kecil. Dengan melakukan demikian, ia membantu aliran darah dan selesaikan masaalah2 penghadaman/ pencernaan.
Sakit Kepala.
Kebanyakkan orang sakit kepala disebabkan ketegangan dibahagian leher. Dengan menambahkan edaran darah ke leher ,ia berkesan untuk meredakan sakit kepala.
Titik refleksoloji : Ibu jari kedua belah kaki berhubung dengan leher dan kepala kita.
Caranya : 2 teknik yang boleh digunakan disini.
- Jika rasa macam pening baru nak datang, guna ibu jari tangan dan buat urut dalam bulatan kecil, keatas kedua2 ibu jari kaki ( paham ke ni....haha).
- Tapi, jika memang tengah sakit kepala, basahkan tuala kecil atau kain dengan air yang agak panas, dan perahkan airnya . Lepastu, lalukan diantara jari ibukaki dan jari sebelahnya, sambil tolak-tarik berkali2 agar merangsang saraf2 leher dan kepala yang terdapat disitu. Ulang kali rangsangkan ibujari kakii selama 30 saat beberapa kali dalam sehari. InsyaAllah mujarab.
Titik refleksoloji : Lokasi yang berkait dengan rahim dan vagina ialah titik2 refleks yang terdapat di bahagian luar dan dalam pada buku lali. Rangsangan pada bahagian2 tersebut dapat baikki edaran kepada organ2 pembiakkan dan imbangkan badan waktu itu. Kalau nak mudah, boleh tekan dengan mengguna sudu yang di panaskan sedikit.
Caranya :Lakukan dengan sudu tadi selam 10-15 saat. Berhenti sekejap dan urut perlahan di situ. Kemudian ulangi sudu tadi. Buat 2-3 kali sehari semasa haid.
Dibawah ialah gambarajag titik refleksoloji. Sila cuba targetkan kawasan masaalah anda! Have fun!
Di terjemah oleh saya dari http://www.doctoroz.com/videos/reflexology-foot-chart
Ulasan
Catat Ulasan