LACTO-BERRY

Rabu 12hb.Februari, 2014.   12.15am
Bismillah.

Dah tido sebenarnya tadi, kegatalan ( uticaria) melanda satu badan . Apa lagi, kalau tak healing crisis....penampar 3liter/sehari punya challenge la nih. Teringat2 apa +Irna Izura kongsikan semalam di Home OPP kami. Selama ni tak berapa nak ambik tahu tentang Lactoberri.....sekadar beli selalu sebab cucu2 dan bondaku sangat gemari rasanya ....manis2 masam. Mentang2lah produk tersebut tak mahal seperti Yungkien Ganoderma 2 atau Yungkien Ganoderma agaknya, kita pun ambik ringan sahaja bab product knowledge mengenainya, beli suka2lah kata orang. Jangan duplikasi sikap buruk saya ni.....satu tindakan yang tak berapa bijak... hu hu.
Lacto-berry merupakan satu produk yang khusus untuk kesejahteraan dan kesihatan usus besar, usus kecil dan anus. Mula2, jom kita tengok tips2 mengenali taraf sihat organ2 tersebut , yang kita sendiri boleh buat self-analysis di rumah ,tak payah nak check dengan pakar mana2 pun. Penilaian yang saya maksudkan ni kita boleh buat semata2 dengan meniliti hasil buangan diri sendiri. ....dari segi tekstur ( yang elok lembut dan licin), warna( coklat kekuningan) dan kekerapan( sekali dua dalam sehari) misalnya.

Macamana Lacto-berry menambah kesihatan dalam usus ?Lacto-berry berfungsi dengan menambah populasi bakteria baik dalam usus . Jangan ingat bakteria semuanya jahat. ...Bakteria baik memainkan peranan penting dalam pencernaan makanan, justeru dengan adanya lebih banyak bakteria baik berbanding dengan yang jahat, maka lebih sihatlah keadaan usus kita.

Tapi dari mana pula datangnya penjahat2 ni ya?

  1. tabiat makan daging merah banyak
  2. makan banyak ubat2an
  3. masaalah usus - najis cair,  kentut2  adalah tanda2 banyak bakteria jahat.
Lacto-berry dapat menambah bakteria baik kerana ia mengandungi :
  • prebiotik (makanan untuk bakteria baik) yang terdiri dari inulin, oligosakarid, isomalt
  • probiotik (bakteria baik) seperti yogurt, minuman kultur, kapsul probiotik dan tablet probiotik.

    Kenapa pilih Lacto-berry?
  •  Pertama sekali, ia mengandungi kedua2nya probiotik dan prebiotik.
  •  Lacto-berry kita spesial kerana ia berciri multi-coated  , iaitu ia di salut dengan lapisan2 prebiotik , dimana produk ni akan terus hidup didalam usus kelak, dek lapisan pelindungnya. Dalam masa yang sama , ia akan terlindung dari asid2 yang wujud didalam sistem penghadaman kita .
    Kandunganya terdiri daripada :
  • 3 jenis berries ,iaitu cranberri ( berkesan untuk melawan e-choli) , raspberi ( masaalah sembelit), blueberi ( antioksidan)
  • 2 jenis bakteria baik iaitu :
    Bifidobacterium Lactis (L-form): Dapat menguraikan serat atau glikosaminoglikan (rantaian gula) yang sukar dihadamkan oleh usus, menambahkan keasidan usus, menyekat pembiakan bakteria berbahaya serta membantu penghadaman dan penyerapan makanan jenis susu.
    Bifidobacterium Longum (L-form): Mengekalkan keseimbangan flora bakteria usus yang normal, menyekat pembiakan bakteria punca penyakit, mencegah sembelit dan mengawal disenteri. Bifidobacterium Longum membiak di dalam usus besar manusia, ia dapat menghasilkan kumpulan Vitamin B serta pelbagai jenis enzim yang berguna untuk membantu penghadaman, mencegah cirit-birit yang berpunca daripada antibiotik atau bakteria penyebab penyakit. Selain itu, ia juga dapat membantu badan melawan jangkitan, menghapuskan bakteria berbahaya, memperkuat sistem imun, meningkatkan daya tahan terhadap penyakit usus, dan mengurangkan risiko penyakit kanser.
  • 1 jenis prebiotik iaitu isomalt.

    Mengapa Lacto-berri begitu spesial
    ?
  • Ia menjaga keharmonian keadaan dalam usus
  • Ia cernakan serat
  • bantu penghadaman
  • mewudkan keadaan berasid didalam usus, yang mana akan menggalakkan pembiakkan bakteria baik.

  • Siapa yang patut ambil Lacto-berri?
  • orang yang ada masaalah nafas berbau ( usus kotor)
  • orang yang makan antibiotik dalam tempuh jangka panjang.
  • orang2 yang kurang makan sayur dan buah2an
  • orang yang ada masaalah lactose intolerance
  • orang yang ada masaalah allergy ...sel imun banyak terdapat dalam usus, jadi kalau kita boleh maintain kesihatanya , imuniti pun akan tinggi , justeru atasi masaalah  allergy.

    Ps : Thanks +Irna Izura  for the above , yang saya petik from her presentation.

Ulasan

Catatan Popular