Penyakit 3-serangkai .....apa langkah kita?

Sabtu 14hb. Mac, 2014    2.58pm

Bismillah.
Assalamualaikum . Tak habis kesal mengenangkan Allahyarhamah Mak terpaksa habiskan 3 minggu terakhir hayatnya didalam keadaan berpenyakit yang complicated......sekarang baru paham kenapa bila seseorang yang baru kehilangan orang tuanya , macam susah nak terangkan apa penyakit yang dihidapi , bila ditanya ." Sakit apa ye , orang tua kamu meninggal ?", terutama sekali yang senasib dengan arwah yang amat dirindui . Semoga rohnya dicucuri rahmat dari Yang Esa, ameen. Asalnya, Mak memang dah ada darah tinggi dan kencing manis selama lebih kurang 20 tahun ......disusuli seperti kebiasaanya ,oleh masaalah jantung . Perkara ni dah jadi macam lumrah hidup zaman sekarang , sehingga dah ada trademark 'penyakit 3-serangkai '. Yang sedih , macam it's taken for granted that jika orang tua kita macam tu, kita2 sekali pun nanti akan macamtu.......favourite quote , " apa nak buat.....memang dah naseb.....". Lagi satu, mentaliti kita selalu pikir , " alaa kalau nak mati, mati juga.....baiklah makan je apa yang teringin ". Penerimaanya ketahap as if mende-mende ni is part of life, bukan penyakit per se. Selalu bila saya dalam probing process ,# " Pakcik ,pakcik sehat ke? ". Jawapan yang biasa ialah , " sihat , sihat alhamdulillah ". #" Pakcik takde kencing manis ke?  atau darah tinggi. " . Jawapan, "  oooo tu biasalah, memang ada dah lama ." Nampak tak?. As if it's a norm.

Petikan dari siaran Berita Terkini TV3, 14 Jun, 2013,


Kira-kira 3.6 juta orang dewasa dianggarkan bakal menghidap penyakit diabetes atau kencing manis di Malaysia, satu angka yang amat membimbangkan, kata Presiden Majlis Pencegahan Obesiti Jong Koi Chong.
Beliau berkata angka itu amat tinggi dan telah meletakkan Malaysia sebagai negara mempunyai jumlah pesakit diabetes tertinggi di Asean dan keenam di rantau barat Pasifik.
- See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Jumlah_Penghidap_Diabetes_Di_Malaysia_Membimbangkan.html#sthash.sC6lRW2T.dpuf

Boleh tak kita elakkanya ? Boleh ke kita dirawat? Cuba pikir guna akal sebelum guna statistik. Agak2nya boleh tak?  Jadilah lebih proaktif agar , kita pergi dalam keadaan yang sejahtera. Of course mengelak lagi mudah dan lagi murah dari merawat.

Macamana nak elakkan si-3 serangkai ni? Rasanya bab ni , majoriti dah sedia maalum......jangan makan benda-benda manis lah, jangan minum air gas lah, jangan makan jajan, banyakkan minum air masaklah, tidur awal lah, bersenam lah bla bla bla....sebab merata2 terdapat siaran dan iklan2 mengenainya.  Apalah gunanya ilmu , jika tak amalkan. Masaalah kita ialah sikap, sikap ' tak kesah'. Let me tell you something, bila dah kene kat batang hidung nanti , dah amat payah dan amat mahal nak ambik kesah. Jangan tunding jari ke arah mana2 selain dari ke diri sendiri , dari diri lah mulanya kesemua yang silap. Macamana kita dapat nak yakinkan anak kecil atau orang tua kita , yang bende tu tak patut dimakan sedangkan bekalan bende tersebut memang sentiasa tak putus. Siapa yang bertanggung jawab pergi kedai , membeli dan stock-up barang dapur rumah kita ? bukan kita kah?  Justeru, siapa yang make it readily available? bukan kita?
Jom start at home. Jangan tell the kids......" jangan makan tu, jangan minum ni."....and yet kita beli jugak sebab kita sendiri nak consume pulak! kantoi tahap parah ! Ayuh bertindak sekarang,tarbiyyah generasi pelapis kita sambil kita menjadi contoh mereka agar mereka tidak menjadi sebahagian statistik tersebut 20 tahun akan datang.

Macam mana pula kita kalau kita dah pon disahkan menghidap salah satu atau pon 'the complete package' ketiga-3 serangkai tuu? Haaa ni soalannya yang agak sensitif...... kalau ditannya pastilah ingin dirawat. Siapa yang tak nak dirawat? Siapa yang suka merana? Siapa yang suka rabun? Siapa yang suka potong kaki? Siapa yang suka dialisis? Namun, kita orang2 awam ni kadang2 tak tau dengan jelas bahawa didalam kaedah perubatan , tak wujud a cure untuk kebanyakkan penyakit, termasuklah si-3-serangkai.  Yang jelas ubat2 tersebut mampu mengawal ..............mengawal laras gula, mengawal tekanan darah dan mengawal operasi jantung supaya tak keterlaluan , masyaAllah sebenarnya amat membantu supaya pesakit rasa lebih tenang dan selesa. Syukur saya kepada Yang Mencipta akal untuk maanusia sehingga dapat cipta suatu solusi, walaupun buat sementara. Alhamdulillah, dengan ubat2 mereka ni lah, masaalah yang mencemaskan seperti sesak nafas kronik dan sebagainya dapat diredakan. Tetapi , wahai kawan2 kita tidak sepatutnya bergantung kepada bahan2 kimia ni terus menerus , lebih2 lagi buat jangka masa panjang , buruk padahnya nanti. Antara akibat2 yang akan berlaku ialah kerosakkan organ2 utama. Tu lah sebabnya, sementara sipesakit sedang dalam rawatan ubat2 yang berasaskan kimia ni,  seharusnya ia mengambil tindakkan untuk membaik pulih sistem2 badan secara pendekatan integratif.......ni tak, kita hanya ambil kimia yang mana bertambah semakin ditambah demi minggu ,tanpa apa2 perisai untuk menapis kesan2 sampingan yang inherent. Bermula dengan 1 biji sehari untuk kencing manis, setengah biji sehari untuk darah tinggi , tambah dan tambah dan tambah .......akhirnya ada ubat gastrik, ubat lawas kencing, cucuk insulin, ubat jantung, pencair darah, lawas kencing ,ubat kolesterol bagai. ( berbelas2 biji jumlah dalam sehari ). Astaghfirullah, lunyai badan dibuatnya........



Ulasan

Catatan Popular