Sakit Lutut : Dipinjamkan Sementara

Rabu 23hb.April,2014    4.22pm

Bismillah .
Sambil update ' My Gratitude Journal' ( Journal Kesyukuran Ku) , tak boleh lupa rasa betapa bersyukurnya dapat balik lutut  seperti asal. ...100 % ..".Alhamdulillah for the fluidity in my knees " . 3 tahun lalu, dapat rasa juga apa yang dirungut selalu oleh orang2 yang tak berapa muda.  Nak duduk antara dua sujud utamanya memang tak mungkin dapat yang sempurna. Sakitnya amat...baru lah paham kenapa ada disediakan bangku di surau2 . Bila nak solat di tempat awam, mesti scan- focus -zoooom ke bangku2 yang ada disediakan . Kalau tidak, payah nak dapat khusyuk sebab fokus lebih kepada menahan sakit. Dirumah sendiri pun dimana tak ada kami beli apa2 jenis kerusi pun , barulah nak memahami kenapa dan mengapa bila tetamu2 yang berumur sikit berkunjung, mereka sentiasa bertanyakan kerusi. Kesian diorang. Kalau tak ada pengalaman -sementara melalui episod sakit lutut haritu , kesemua ni terlepas pandang begitu sahaja. Aku dipinjamkan penyakit sebentar supaya kini aku dapat hargai nikmatnya kesihatan bila yang asal ( yang sekian lama taken for granted) dikembalikan .Macam2lah usaha ikhtiar yang aku eksperimenkan keatas lutut2ku pada masa tu, apa yang orang cadang (asalkan natural) pasti kucuba.
Ada kawan baik yang rekomen kaki ayam , pasal tulang rawan ( ligamen ke kartilej ) katanya elok untuk membantu penghasilan pelincir didalam kepala lutut . Tak  pernah makan kaki ayam sebelum tu...sakitlah punya pasal, makan juga. Cuka Apple Cider, minyak kelapa dara, air kunyit , Yungkien Ganoderma , Jiahor Soya Protein dan Vitaking merupakan makanan harian.
HALAL
Rehat Hujan.    


Saya percaya sangat dengan senaman untuk pulih dari apa penyakit sekalipun. Sebabnya bila kita lakukan pergerakkan yang menghasilkan peluh, barulah darah boleh beredar dengan lancar dan seterusnya bekalkan oksijen & nutrien ke segala pelusuk badan , maka barulah pertumbuhan sel2 baru boleh digiatkan. Yang ni, kita nak kene lawan sikit keberatan tulang. Maklumlah, bila badan tak rasa sihat, kita pun malas nak pergi jogging , briskwalking bagai. Jangankan yang tak sehat, alangkan yang muda dan aktif pun rasa malas nak buat secara disiplin. Dan bila kita banyak bergolek2 depan tv layan drama , wrestling dan macam2 lagi yang tak mendatangkan faedah peredaran darah akan jadi lembap, justeru sel2 tak dapat cukup bekalan. Macamana sel2 nak pulih kalau tak cukup bekalan hayatnya. Setelah saya uji sendiri mana senaman yang rasa agak ngam dengan lutut saya pada masa tu, I resigned to three : once a week aerobics, cycling & swimming. MasyaAllah memang membantu. Kekadang orang2 ingat senaman akan buat sakit lutut makin menjadi....bergantung pada senaman yang mana satu. Renang sangat membantu sekali, pendapat saya terutama sekali sebab tika kita buat kicks, darah bergerak lancar dibahagian kaki, so lutut pun dapat bekalan yang perlu. Oh ya, saya sentiasa lakukan shiatsu sendiri, khususnya dibahagian lutut.        
Suka saya sebutkan yang saya makan produk 2  kami dengan kadar dos yang agak tinggi. Disini , Vitaking akan saya kongsikan tentang khasiatnya.
Apa tu Vitaking ?
  • Sejenis minuman berkhasiat semula jadi yang dihasilkan dengan bio-teknologi.
  • Menambahkan kolagen yang tidak dapat dihasilkan sendiri apabila usia meningkat, ia dapat menguatkan tulang rawan di siku dan tulang, mengurangkan tanda-tanda radang, mengurangkan rasa sakit semasa pergerakan dan menjaga kesihatan sendi.
  • Kolagen hidrolis yang bermolekul kecil dapat memperbaiki tisu-tisu kulit secara terus, mengekalkan kesihatan, keserian dan kekenyalan kulit.
  • Lemon Verbena ialah sejenis herba semula jadi, ia berfungsi untuk menentang radang, menyahtoksin, menghilangkan panas, melancarkan kencing, mempergiatkan fungsi sistem penghadaman dan menguatkan hati.
  • Menguatkan fungsi pembuluh darah hati, mengurangkan risiko menghidapi sakit jantung.
  • Penambahan teh Jasmine membawa rasa yang menyegarkan. Ia boleh diminum secara sejuk atau panas bersama minuman tidak berkarbonat yang lain.
Secara ringkas , kolagen ( terdiri dari protin) ,yang merupakan bahan utama didalam Vitaking ni boleh kita umpamakan seperti simen yang memegang-kukoh bata-bata didalam pembinaan rumah, dimana bata-bata itu ialah sel-sel badan kita. Maka apakah akan berlaku agaknya, jika kita bina rumah ( organ2 tertentu) semata2 dengan batu bata sahaja....tanpa simen ??? Jadi, begitulah peranan kolagen didalam projek pembangunan badan kita. Walaubagaimanapun, badan kita tidak menghasilkan kolagen keperluan badan secara berterusan . Proses tersebut akan mula menurun dikala umur kita beredar dari 20an masuk ke 30an. Ketika inilah, kulit akan bermula hilang keanjalanya. Ya...tak sangka kita dah bermula hilang seri seawal tu kann?Didalam gambar dibawah, jelas bezanya kulit muda (yang disokong dengan collagen secukupnya) yang diatas......dengan kulit tua dibawah.
Silap Paham Tentang Kolagen

Perkataan kolagen bukan sesuatu yang asing lagi pada kita betul tak? Dah lama jugaklah ia di warwarkan sangat terutama sekali dimedia massa. Namun, ia kerap dikaitkan dengan kecantikkan, kemontokkan,kegebuan, keputihan, keanjalan ....hence banyak promosinya dilakukan oleh syarikat2 produk kecantikkan. Jadinya sememangnya kolagen menjadi buruan puak2 wanita yang utamakan kecantikkan > lingkungan 30an-50an dan berkerjaya.Ni strategi pasaran sipenjual.

Saya sendiri tak pernah ambil kesah pun sebelum 3 tahun lepas, tentang kolagen, terus terang sebab saya tak jaga sangat bab penjagaan kulit ( jangan ikut macam saya ye :) ). Nak jadi rezeki, didalam salah satu dari seminar bulanan kami ( Shuanghor), tuan penceramah berkongsi tentang kolajen ( Vitaking). Timbullah kesedaran yang bila kulit dah tak anjal lagi dek kekurangan kolajen tadi,  ia juga akan berlaku di segala bahagian badan termasuklah jantung, buah pinggang, usus....setiap iota yang mungkin, akan jadi kendur. Dan bila organ2 penting ni jadi kendur, maka fungsi setiap satu nya pun akan merusut ,seterusnya mencetuskan penyakit2.

Antara yang terpenting ialah peranan kolagen didalam connective tissues, dimana ia dapat membantu masaalah sendi2, dengan membekalkan bahan binaan kolagen kepada sendi-sendi yang dah usang. Saya , masa tengah sakit lutut 3 tahun lalu, saya mengambil 3 peket sehari bersama2 dengan makanan2 kesihatan yang dah pun saya sebut diatas.

Alhamdulillah, tiap kali kene bergegas naik escalator di mana2 stesyen2 LRT, rasa amat tak terkira kesyukuranku ....terkenang masa sakit lutut dulu, pernah terbit air mata nak kejar masa di tempat2 tersebut. Syukur atas nikmatMu Ya ALLAH.

Ulasan

Catatan Popular