TUJUH PERINGKAT PENYAKIT

Sabtu 3 Zulhijjah 1435H
28hb. Sept 2014    7.40am

Rujukkan dari link berikut . mohon klik disini

Bismillah.


    Harini ramai pulak yang komplen TIBA-TIBA sakit belakang . Pernah juga ayah saya tanya ' kenapa selama2 ni dia okay, TIBA-TIBA ada darah tinggi . Kadang tu orang cakap ' masa muda2 dulu takde apa2 penyakit pun, sekadar kebas-kebas ....TIBA-TIBA dah tua2 ni macam2 pulak .

Actually penyakit tak pernah jadi TIBA-TIBA. ..cumanya kita tak perasan atau  tak arif ataupun memang bersikap tak endah bila munculnya ' warning signs' yang menunjukkan sesuatu sedang berlaku dan sebenarnya sesuatu harus dilakukan agar tak jadi lebih teruk. Penyakit sebenarnya berlaku berperingkat2  -  dalam 7 peringkat sebelum ia dapat didiagnosed . Yang bestnya kita boleh halang dan ' reverse' balik keadaan tersebut pada mana2 peringkat tersebut insyaAllah.....of course pada peringkat yang lebih awal lagilah mudah .


1. ENERVATION

Boleh dikatakan semua penyakit bermula dengan ' enervation' , ketika mana tubuh jadi longlai, lembik dan lesu disebabkan kehilangan segala tenaga . ....tenaga yang perlu untuk badan terus berfungsi normal. Ini berlaku kerana tenaga yang digunakan melebihi bekalanya . Sumber bekalan tenaga kita datang dari makanan , fresh air, air minum & cahaya matahari .Sementara tu tenaga digunakan untuk memikir( termasuk stress ) , pergerakkan , penghadaman , metabolisma dan perkumuhan.


Tanda2 'enervation': 
  •  Sentiasa rasa nak tidur ( natural response badan bina depleted energy)
  •  Kelesuan yang amat
  •  Kelembapan dalam aktiviti harian termasuk mental dan fiziolojikal .
  •  Hilang selera makan ( natural response supaya sistem penghadaman tak  perlu guna the depleted energy).
Dengan berkuranganya tenaga proses perkumuhan juga jadi lembab maka penghapusan bahan buangan tak complete ....akibatnya-  saki-baki yang tertinggal dan akan terkumpul .
2. TOXEMIA
Sampah toksin tersebut yang kian bertambah tahun demi tahun akan menyumbat sistem tubuh yang terlibat dengan proses detox dan menapis khususnya usus ,hati, ginjal, kulit , peredaran darah dan rembesan sehingga badan jadi lembab , lemah dan senang dapat sakit.
Tanda yang badan dah terlajak-sarat dengan toxin yang ia lah 'demam'. Demam - natural response badan singkir toksin.


Tindakan terbaik untuk bantu penyingkiran racun2 :
  • makan yang ringan2 - buah2an dan jus buah
  • minum air lebih
  • jangan gerak banyak
  • tak payah ganggu proses badan, biar ia pulih sendiri .                                
Dengan berbuat seperti diatas ' demam' tu boleh selesaikan tugas penyingkiran toksin dan seterusnya  suhu badan akan turun biiznillah.

3. IRRITATIONNi pun lagi satu proses nyahtoksin .Bila toksin tadi terkumpul semakin banyak tak kemana, maka pressure dalam badan akan bertambah ...air dan toksin tersekat . 'Irritation' sebenarnya ialah natural response badan menderaskan detox.


tanda2 yang berkenaan :
  • gatal2 
  • rasa geli2 dalam hidung
  • gemuruh , murung , kerisauan tak tentu pasal
  • cepat melenting
  • masaalah tidur
  • berat badan 
  • lidah , nafas, badan berbau
  • kulit pucat ( hitam bawah mata)
  • haid yang tak teratur
Peringkat ketiga penyakit ini disebabkan oleh terlebih makan makanan dan minuman asidik  (iaitu, gula, makanan goreng,, minuman bergas, daging merah, antibiotik, dll), yang menyebabkan keadaan cecair badan jadi berasid.  Keadaan ini akan menghauskan alkali dalam badan dan akan kian menyebabkan lapisan tisu terdedah pada asid lalu rosak.

Nisbah alkali / asid yang didalam orang sihat adalah kira-kira 80% alkali dan 20% asid. Namun didalam kebanyakkan orang , asid 80% dan 20% alkali. Natural respose badan untuk meneutralkan keasidan darah ialah dengan menarik kalsium dan magnesium daripada gigi, tulang, hati dll  Maka ramai pakar pemakanan anggap kalsium dan magnesium tambahan  sangat perlu sebagai satu cara mencegah penyakit; kerana diet kita banyak menyebabkan badan  menyedut bekalan kalsium dan magnesium yang semula jadi.

Malangnya, sesetengah orang tidak mengetahui info diatas.  Ketidakselesaan yang mereka alami tidak cukup serius untuk mereka bertindak , jadi mereka tak ambil langkah2 yang proaktif . Tetapi apabila tanda2 enervation , toxemia, dan irritation diabaikan cukup lama ,sisa-sisa toksik tadi akan mula  satu proses menyeluruh  - membina kepekatan yang lebih tinggi dimana badan akan naik ke peringkat keempat penyakit .
.

4. INFLAMMATION ( RADANG) |
Natural response yang paling sengit ( intense) untuk mengikis racun-toksin hatta memulihkan badan kembali sihat . Diperingkat ni , kita baru terasa dan sedar yang sesuatu harus dilakukan ....sebab berasa sakit . Namun ' sakit ' tu sendiri ada hikmahnya . Ia bukan 'an attack' keatas kita , malah rasa sakit tu terhasil dari proses pembersihan dan penyembuhan dimana badan sedang  cuba repair2 apa yang patut . So, jika pada peringkat nyah-toksin ni , kita amik ubat untuk meredakanya apa jadi agaknya ya? 1stly , sampah di simpan semula dalam badan . 2ndly dengan mengambil ubat tadi kita semakin  'top-up' lagi tahap toxemia badan sambil pura2 everything is fine sebab dah tak rasa sakit lagi .

Sabenarnya bila ada radang , maknanya toksin2 dalam badan terkumpul pada organ2 / bahagian tertentu dalam badan supaya mudah dihapuskan sekaligus.
Rangsangan  berterusan dari toksin yang terkumpul lama akan mencetuskan 'inflammation' ( radang) . Barulah kita di diagnosekan dengan penyakit2 yang hujung namanya ada '.....tis ' .

     Tonsillitis      - radang tonsil.
     Appendicitis - radang appendix
     Artritis         - radang sendi
     Hepatitis      - radang hati
     Dermatitis    - radang kulit


Radang - natural response untuk menolak keluar toksin2 melalui kulit , organ dan bahagian2 tertentu. Kadangkala ia  disebabkan oleh pembentukan batu seperti pada sendi, buah pinggang, dan pundi hempedu . Batu2 ni terdiri daripada bahan2 bukan organik yang terperangkap daripada makanan dan minuman yang tak pure, ubat-ubatan dan lain-lain yang berlonggok keras. Pada ketika ini organ penapis badan tidak dapat nak buang sebab keras  .... detox akan berlaku dalam alahan. Toxemia adalah punca asas semua keradangan termasuk yang berkait dengan lapisan usus dan lapisan epitelium paru-paru. Keradangan : haba, kemerahan, bengkak dan sakitan.
Peringkat ni menentukan samada pesakit dapat pulih atau pun terus semakin teruk.

5. ULCERATION
Peringkat ni menunjukkan badan dah sekian lama diserang sehingga menyebabkan banyak sel2 & tisu yang termusnah. Sakit yang amat akan dialami sebab saraf2 dah terdedah . Ulser mungkin terjadi didalam dan luar badan .

 Dalam pada tu penyingkiran toksin biasa juga berlaku - darah kering dan  mukus pekat (nanah) tercetus dari luka, bisul, ulser dalaman (ulser perut, lubang di dalam perut ) , dari mata, telinga, hidung, faraj atau rongga badan yang lain2.
6.INDURATION

Tika ini , pengerasan tisu akan berlaku ( scar ). Ia terbentuk pada bahagian badan yang telah terhakis , seperti didalam ulser . Ni pun natural response supay bahan toksin terkumpul dan tidak merebak ke seluruh badan . Ia akan membentuk kantung ( tumour) . Jika rawatan ubat diteruskan pada peringkat 'induration' , sel-sel akan jad huru-hara dan hilang kawal seterusnya masuk ke peringkat akhir....Kanser
 .
7.CANCER
Pada peringkat
akhir ini terdapat gangguan-tak henti2 oleh radikal-bebas pada sel2 sehingga menjahanamkan dan merobah DNA .Akhirnynya akan menyebabkan kecacatan dan mutasi sel / tisu . Ia merupakan peringkat akhir di mana sel-sel tidak lagi baikpulih dengan sendiri justeru terjadilah sel cancer . Sel pada tahap akhir ni sangat mudah di kesan dalam analisis darah hidup dengan mikroskop berkuasa tinggi . Ia termasuk yis, kulat, cendawan dan sel-sel kanser.

Pathway Jensen
|Pendek kara,  jika tanda2 amaran dimana2 peringkat yang 6 tersebut ,di kendalikan dengan betul , penyakit tersebut akan pulih .  Tapi jika pada setiap peringkat tu simtom2 di perap dengan ubat2 , maka proses penyakit akan melarat terus menerus walaupun pesakit tak prasan . Tau2 nanti dah sampai tahap 7. Diatas ialah gambar rajah yang menunjukkan tahap berperingkat jadinya penyakit dan aliran yang boleh dilalui untuk pulih balik .

Ulasan

Catatan Popular