TINDAK-SUSUL : KES DIALISIS

21sept 2015   11.06pm


Bismillah . " Aunty ! saya dah dapat period ! " , tersenyum lebar Sofiya waktu saya

hantarkan produk yang dia pesan semalam . Nikmat keseronokkan Sofiya jelas

terpancar berseri pada wajahnya . " Tapi tak banyak Aunty , sikit sangat

bercampur dengan lendir sikit . Kencing pun pagi tadi macam nak ada sikit , haa

berak memang maintain banyak sejak dari mula makan produk haritu ." Bila

pelanggan gembira kita pun turut kongsi kegembiraan . Keseronokkan mereka

ialah keseronokkan kita . Kesedihan mereka pun menjadi kesedihan kita .

Syukur kepadaMu ya Allah , kerana sentiasa memberi kita suprises . 

Semalam punya cerita : Sofiya , seorang wanita berumur 30an dikenalkan

kepada saya melalui whatsapp group saya  beberapa hampir dua bulan lalu oleh

adik iparnya . Alhamdulillah semalam , for the first time kami berjumpa dalam

sessi tindak-susul  '2- to- 1' ( Sofiya , saya dan uplinenya ) .Meskipun dah

banyak info yang kami saling berkongsi di alam maya sekian lama , yang jelas 

bila kita turun padang jauh banyak lagi kelebihan yang kita dapat selain dari

info tambahan yang tak mungkin terserlah tanpa berhadapan , bertutur

'eye-to-eye' dan hati-ke-hati dengan pelanggan . Selama2 ni yang saya tahu

ialah beliau seorang pesakit buah pinggang yang terpaksa buat haemodyalisis

sebanyak tiga kali seminggu dan berhasrat nak kurangkan walaupun sekali

kekerapan proses cuci darah ni . Bila dah bertemu baru tahu cerita yang

sebenar dari umur beliau 12 tahun dimana bermulanya journey penyakit beliau .

Waktu itu Sofiya selalu demam , dan seperti biasa yang dilakukan oleh

kebanyakkan orang kalau dah demam bagi ubat . Bila demam bagi ubat , bila

batuk bagi demam , bila pening makan ubat , bila selsema makan ubat . Pada

suatu hari timbul macam kayap sekeliling mata yang kemudian jadi berair .'

Kayap '  tersebut tumbuh juga di sekeliling kawasan mulut . Klinik pun refer

kepada hospital . Ujian demi ujian , diagnosisnya ialah S.L.E . Sedihnya pada

umur yang begitu muda Sofiya dah mula mengambil prednosolone sebanyak 24

biji sehari . Beliau pernah koma akibat steroid tersebut . Anyway nak potong-

pendek luahan beliau , bermula dari haemodialisis tu kencing dan periodnya dah

takde lagi .

Rahmat dari Allah tanda-tanda yang menunjukkan harapan untuk badan Sofiya

kembali sihat sangat meyakinkan . Walaupun dengan produk Shuanghor yang

bergred  5% / 50% ganoderma lagi dah ketara something is happening . Apatah

lagi jika beliau ambil yang 100% kelak .

Semoga dipermudahkan penyembuhan beliau . Aameen .


Ulasan

Catatan Popular