Kisah Sejarah Pesakit Dialisis



Jumaat 30Oktober 2015     9.58am


Bismillah .

Pagi ni izinkan saya kongsikan cerita rakan baru saya yang saya baru kenal dua bulan lalu . Pada mula2nya berinteraksi di media sosial saya bayangkan beliau sebagai seorang yang murung (persepsi silap dari saya just because beliau ialah seorang pesakit buah pinggang yang kene pergi dialisis tiga kali seminggu ). Rupanya bila bersua buat kali pertamanya , agak beza dari apa yang saya expect . Ceria dan peramah orangnya . MasyaAllah . Anyway Zam takde nak berahsia tentang perjuanganya yang begitu mengharukan . Malah beliau seolah2 nak orang lain tahu dan belajar dari sejarah penyakit yang sedang dilalui . Semalam kami got engaged in a whatsapp conversation and Zam dengan relanya share sebahagian disini . Sila baca dan ambil ikhtibar darinya . Fyi Zam ni berumur 36 tahun tak silap . :(

Soalan Saya : Bila you 1st start this sakit journey ?

Zamzarina: Sy start tak silap around darjah 5 umur 11 thn.. Masa tu demam la bisul lah ,  kayap lah , bengkak mata la.. Ada sahaja., pergi klinik baik...... kejap lagi timbul pulak yg lain.. Kisah nya.. dan last sekali saya pergi jumpa doktor ni.,. dia bagitau pada mak saya.. "Anak puan ni ada masaalah lain sebenarnya. Dia suruh cek kencing . Masa tu doktor tu tanya saya dah period ke belum . Saya geleng kepala .  Doktor tu kata kencing ada darah . Terus buat surat dan admit HKL bahagian pedeatrik under kanak2...Kira2 dua bulan lebih saya di wad kanak2 sebelum saya ditransfer ke bahagian buah pinggang sebab umur sy dah hampir 12 tahun.. Mungkin bukan lagi under kanak2...
Masa dua bulan duduk wad tu.macam-macam la lagi..... Ambil air tulang belakang laa. , ambik air isi buah pingganglah.. Dan disebabkn terlampau banyak makan prednesolone saya jadi meracau.. Sebab mungkin organ dalaman saya terkejut sebab ambil dalam dos yang sangat tinggi.. Masa tu jugak doktor penah inform parents saya anak puan ni harapannya 50-50.. Mak saya jaga saya kat hospital sampai adik saya yang ke3 tu bercerai susu dengannya.. Sedihlah aunty bila sy flashback😭😭 .

Saya mencelah : Masa Zam kecik2 Zam pernah bergantung kepada ubat apa2 tak ? ( just trying to understand the pre-SLE lifestyle here) 

Zamzarina: Masa kecik saya tak tau.. Tapi masa saya setahun lebih mak saya kata saya pernah kena lelah sebab batuk kuat dan hampir admit..
 Zamzarina: Masa mula masuk wad  macam2 diagnos doktor buat.. Ada sakit batu karanglah, tapisan protein bocorla.. Selidik punya selidik SLE rupanya..Lepas amik isi buah pinggang.. Saya start psyclo( rasanya it is cyclo , I could be wrong ) .. Air masuk melalui urat setiap bulan.. Untuk melemahkn sel sle yang saya ingat.. Nanti aunty rujukla pada mana doctor.. Saya pun tak berapa ingat dah untuk apa ubat tu.. Tapi yang saya tahu itulah fungsi ubat tu., macam drip..

  Zamzarina: Lepas tu kluar hosp.. Bermula hidup saya sebagai pesakit buah pinggang.. P.Jasmani tak boleh buat.. Join assembly pun tak boleh.. Sebab doktor pesan tak boleh kena banyak cahaya matahari., tak boleh pergi kat tempat orang ramai.. Macam2 laa lagi.. Tapi naik je sekolah menengah  badan pun dah makin ok.. Semua saay hentam..😁😁.. Takde sape nak tegur.. Sebab mak saya ngajar sekolah rendah..

  Zamzarina: Sekali lg sy kena amik isi buah pinggang masa umur 16 tahun.(biopsy).
  :Pun start psiclo balik semuanyala.. Lepas doktor tu saya makan ubat sahaja..

   Biopsy ni dibuat bila doktor nampak SLE dah mula aktif balik melalui creatinin yg mula naik mendadak..

   Zamzarina: Sehinggala umur saya mencecah 23 tahun.. Creatinin masa tu dah 500 lebih.. Doktor dah suruh start dialisis.. Tak boleh tunggu kaatnya..

  Zamzarina: Masa tu final year kat UITM.. Tuhan je tau macamane payahnya.. Mintak tangguh doktor tak bagi.. Jadi buatla operation kecil masuk tankcoft.. Macam tiub masuk bahagian peritoneal..
Periotoneal ialah kawasan luar dari buah pinggang ,  usus , rahim.
.Bila air dialisis masuk ianya akan tarik semua kekotoran melalui air ini.. Dengan syarat tak boleh melebihi 6 jam air tu berada dalam perut..Jadi bila buat CAPD ni kena tukar air daalm perut sebanyak 4 kali sehari untuk dialisis.. Setiap sesi mengambil ms 30-45 minit.. Ikut patientla.. Saya 15 minit dah settle.. Taip tula cepat terdedah pada kuman.. Selama 10 tahun buat CAPD lebih 13 kali masuk kuman.. Selepas 10 tahun buat CAPD and here I am buat hemodialisisla akhirnya.. Yang mana masa mula2 sakit dulu inila tahap yang paling saay takut.. Tapi  itulah kehidupan pesakit buah pinggang yang sakit dari kecik lagi.. Itulah jalan cerita saya aunty.. Jadi kalu ada alternatif carila yang lain., Ubat hospItal hanya menahan dan memperlambatkan rosak je.. Tapi at the end macam tula.. Ini yang saya alami.. Orang lain tak taula.. Tapi masih kena  jumpa doktor sebab dari situ sahaja kita nak tau tahap kesihatan kita.. Ikhtiarla selagi boleh.. Doa Usaha Ikhtiar Tawakal.. DUIT..
Zamzarina: Bila saya baca pasal baby dan budak2 kecik kena operate hati saya lagi cepat sayu..

Apa yang diorang tau.. Allahurabbi., ujian utk mak ayahnya.,!


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Jazakillahukhairan Zam. Keep Evolving . Your Journey To Welness Begins Here. Syafakillah My DEAR. 

Ulasan

Catatan Popular