MEMBUAT PILIHAN - Madame Haslina Rusdi


Rabu 18hb. November 2015 
5hb. Safar 1437 H    9.36pm 

Bismillah

Pada Sabtu lepas didalam OPP BM , Special Vice-Manager Madame Haslina telah kongsikan poin-poin yang menarik mengenai Shuanghor , dari aspek produk mahupun bisnes .Topik pilihan beliau iaitu " Membuat Pilihan" .

s

Hakikatnya bagaimana keadaan kita kini adalah hasil dari pilihan yang kita sendiri juga buat . Siapa kita hari adalah keputusan atau pilihan kita dimasa lalu . Setiap hari kita perlu buat pilihan . Pilihan untuk merawat , pilihan untuk memahami cara rawatan , konsep macamana nak sihat betul, ada ke cara dan juga pilihan untuk menjalankan perniagaan .  Justeru itu lauk yang kita masak malam ni adalah pilihan yang diputuskan oleh kita , pasangan yang duduk sebumbung tu pun adalah pilihan yang kita buat 12 tahun lalu . Begitu juga dengan kewangan , kejiranan , kawan2 dan kesihatan . Diabetes yang kita hidapi jangan salahkan keturunan , keluarga , enviromen bagai ......satu jari tunjuk ke depan sementara yang empat lagi kepada diri sendiri .
 Berbalik kepada Shuanghor saya sebenarnya rasa sangat sangat bersyukur dengan pilihan yang saya buat dua puluh tahun lalu . Tak kiralah apa kebanyakkan orang sekeliling kata tentang MLM , ada baiknya jika mereka kaji dulu sebelum simpulkan ikut suka hati .
1stly, Shuanghor bukan skim cepat kaya  . Mengikut Pelan Pemasaran Shuanghor lebih kurang ambil masa dalam tempoh 3 - 5 tahun untuk capai kejayaan . Jadi andaikata ada yang nak cepat kaya , tak payah lah datang sini . :) Penekenan diberi kepada kestabilan network , yang kian terus-menerus bercambah hatta mampu menjadi sebuah empayar gergasi yang kukuh lagi kekal sehingga kegenerasi-generasi pewaris .
Keperihatinan syarikat kepada kualiti tiada tolok-bandingnya . R & D tak putus2 berjalan dalam usaha nak sentiasa meningkatkan mutu produk . Yang menarik , semua langkah2 pemprosesan dari R & D hingga ke produk-siap semuanya di kendalikan oleh syarikat . Kualiti produk memang dijamin top-gred yang mana terbukti oleh Sijil2 dan dokumen berkaitan.
Madame Haslina lantas kongsi-sama sebab2 beliau .....

Kenapa Pilih Shuanghor  ...

 



Ulasan

Catatan Popular