PROGRESSING [ 17 ]

Bismillah
11hb. Disember 2015    10.15am



RIADAH BERJALAN 

Abah masuk ER Jumaat lepas dan juga Jumaat sebelumnya . Ya Allah doaku agar kami dijauhi hari ini dari mana2 ER . Ameen .  Yk2 dah habis . Yungkien Ganoderma pun baru jerr sampai semalam selepas dua hari keputusan bekalan . Susah hati juga dibuatnya sebab dah nampak lain macam sepanjang hari semalam - terlalu lemah katanya . Sejurus tiba jer Nationwide delivery , saya terus pujuk Abah makan 10biji Yungkien Ganoderma
; sepeket Yungkien Pollen Granular . Mula2 Abah macam unusually reluctant . This is strange , tak pernah beliau berkelakuan camtu .  Lepastu terus okay , lantas ngajak kita semua pergi roller-blade jam tu jugak ! Ndak tak ndak ikut jer la ....tinggalkan dapur berasap . Kali ni kita pergi top of the road and pusing satu round macam malam kelmarinya , pastu tambah lagi satu round. Wow alhamdulillah . 

Ulasan

Catatan Popular