ABAH'S JOURNEY : DAY 39 on zero-meds , RULES BROKEN

Ahad 24/1/16       1.10am


Bismillah .

Ngikut kiraan ummi hari ni genap 39 hari sejak Tok Atan ( ayahnda ) berhenti makan semua ubat2 hospital . Alhamdulillah . Kini dah dua minggu beliau duduk berdikari sorang2 di kampung . Keseluruhanya dia okay , cuma sesekali dia ada sesak nafas sikit , selalunya berlaku setelah termakan apa2 yang dibuat pakai tepung gandum / gula ataupun terminum air bergula dan sejuk . Alhamdulillah banyak yang ummi pelajari sepanjang Ayah tinggal bersama ummi , adalah dalam sebulan lebih . Salah satu daripadanya ialah mengenai gluten . Malah kita berdua dah tinggalkan roti (antara makananan yang mengandungi gluten ) selama dua minggu ni dan memang terasa sangat perbezaanya .

Hari ini Ayah makan 5 biji Jiahor Ganoderma pada waktu pagi . Itu sahaja , pun dah memadai . Oh ya ....awal pagi tadi masa Ummi call , Atok ni tengah riadah di taman . Alhamdulillah aktiviti yang selama ni kita buat harian di Kajang , beliau teruskan di kampung . Semoga istiqomah insyaallah .Ramai orang terlepas pandang tentang kepentingan dan keperluanya beriadah setiap hari untuk memulihkan badan .

Terkilan sikit , bila Ummi diberitahu yang beliau telah ambil Furosemide ( ubat lawas kencing ) dan juga ubat kahak . He broke the rules . Takpe , just harap2 harini Ayah beringat . Dan dalam probing session baru tahu yang beliau ada makan karipap dan juga biskut2 ( " Tu saja " , katanya ) . Okay , kenapa Ayah ambil Furosemide dan ubat kahak ya ?  Sebab beliau dah mula rasa bloated katanya .


Ps : Nampak tak the viscous cycle ...........karipap & biskut (gluten , gula bagai ) > rasa bloated ( sebu , kembung ) , kahak  > ubat barat . Sekilas pandang macam problem sebu tu dah selesai . Walhal ubat tu jugak lah yang merosakkan buah pinggang dan hati , yang mana akan menyebabkan sesak nafas . Whats next ? take more ubat .........gitulah pesakit2 terus menerus pasang perangkap untuk diri sendiri , tanpa disedari .

 


 Semoga di kurniakan At-Taufiq wal Hidayah . Aminn. 





Ulasan

Catatan Popular