Petikkan dari BUKU Ganoderma
Bab 3 : Ms 49
Pengenalan kepada Sistem Imun.
Sistem Imun merupakam suatu sistem yang rumit dan sistem biokimia yang beroperasi dengan begitu tepat yang mana terdiri daripada beberapa jenis sel-sel imun yang saling berinteraksi (namun dalam keadaan terhad) untuk melindungi tubuh . Ketahanan badan akan berkurangan hatta terus hilang jika sistem imun terjejas , lantas mengizinkan bendasing menyerang dan menakluk , lama kelamaan mencetuskan penyakit mahupun kematian .
Sel Imun : phagocytes ( termasuk macrophages, sel dendritic , neutrophils dll ), sel pembunuh semula jadi , sel T , sel B dll . Semasa proses pembentukkan sel imun , sel T akan menjadi sel Th1 dan sel Th2 ; Sel2 B akan menghasilkan antibodies .Pakar-pakar Immunologis gelarkan sel B sebagai sel imun , yang mempunyai berbagai ciri, leukocyte atau sel darah putih .. Dalam keadaan sihat bacaan sel darah putih didalam satu mikro-liter darah ialah antara
3,500 to 9000 .Bila bacaan sel darah putih jatuh kurang daripada 3000, badan dah tak mampu pertahankan diri dari pathogen; ketahanan badan akan jadi lemah dan badan akan lebih mudah jatuh sakit . Sebaliknya jika bacaan jadi terlalu tinggi iaitu lebih dari 10000 , ini menunjukkan ada infeksi dan menyebabkan penghsilan lebih banyak sel putih untuk hapus-singkir bendasing . Apabila bacaan sel darah putih mencanak naik kepada puluhan ribu ini menandakan penyakit auto-imun ataupun cancer ataupun leukemia - pemeriksaan lanjut perlu di ambil .
Ulasan
Catat Ulasan