CERITA ADIK SAYA ( PART 1) : FIBROID , CYST ,G.E.R.D (12/10/16)

Bismillah .

14/10/16 Jumaat 13 Muharram 1438 H

For the first time hari ni saya rasa nak blogkan penulisan adik saya . Adik saya ni baru je nak mencuba ceburi fbpage 5 hari lepas dan saya dapati postingnya agak menarik . Sementara nak tunggu dia pandai memblog , biar saya buat dulu . Sebenarnya kes kesihatanya ni dah beberapa kali saya jajakan sejak beberapa tahun dulu , ada yg saya tulis in my own words dan ada juga saya share dalam u-tube selain dari petikkan ringkas dari her own composition . Kini Alhamdulillah she dah mula tulis in detail , digerakkan dari hatinya . Rasa rugi pulak jika tidak saya kongsikan . Sila ikuti ......

CERITA SAYA #fibroid
Pada tahun 2012, pertengahan bulan Syaaban, tiba-tiba saya mengalami sakit perut yang amat sangat. Lawatan ke klinik berhampiran kediaman, mengesahkan ada bebrapa ketulan fibroid.
Pada hari keesokkannya, saya dan suami pergi berjumpa Pakar Sakit Puan. Selepas pemeriksaan yang sangat terperinci, saya disahkan mempunyai 3 ketulan fibroid berukuran 2-5cm. Beberapa lagi ketulan kecil di merata-rata dinding rahim dan juga cyst di pangkal rahim.
Doktor menyarankan pembedahan Buang Rahim. (hampir pitam ketika saya diberitau). Ketika itu suami berada di ruang menunggu. Tetapi secara sendirian saya sudah membuat keputusan tidak akan melakukan pembedahan.
Doktor menjemput suami masuk untuk perbincangan. (Alhamdulillah, there was nothing to discuss) . Suami terus menjawab TIDAK. ( No further question)
Keadaan di dalam kereta semasa perjalanan pulang sangat SENYAP. Walaupun kami berdua mempunyai jawapan yang sama kepada pembedahan, tetapi hakikatnya waktu itu kami begitu terkejut dan tidak tahu apakah tindakan selanjutnya.
Alhamdulillah, Allah memberi kekuatan dan ilham untuk saya mencari penyelesaian di atas talian.
Maka bermulalah episod Penyahtoksin Badan .
Malangnya pada malam pertama symptom pengeluaran toksin berlaku, suami berada di luar daerah. Saya mengambil #Jiahor_Lingzhi 1 biji setiap jam. Selepas 6 biji, pendarahan bermula . Ari -ari terasa sakit yang amat sangat. Kadangkala darah bercampur dengan bijirin berupa sagu.
Saya mula menjaga pemakanan. Pantang segala jenis daging, nasi, tepung putih. Makanan harian saya adalah buah-buahan dan sayur-sayuran mentah. Pantang gula putih. Diganti dengan #Black_Strap_Molasses.
Mula mengambil #Apple_cider_vinegar.



Mariana Atan
(0192556043) hubungi melalui whatsap atau sms

Ulasan

Catatan Popular