CERITA ADIK SAYA ( PART 2) : FIBROID , CYST, G.E.R.D
Assalamualaikum Dear Health-Lovers , Entry ni adalah hasil usaha yang kedua dari adik saya mengenai perjalanan beliau dalam reverssal path penyakit-penyakit nya . Sungguhpun adik saya ni baru diilhamkan utk mengarang empat hari lepas , kes ni berlaku empat tahun yang lalu kalau tak silap . Semoga ada insan diluar yang mungkin tercari cari suatu penyelesaian alternatif kepada situasinya , dapat belajar sesuatu dari perkongsian ni .
Assalamualaikum
Cerita Saya #fibroid #Penyahtoksin_Badan
Setiap sesuatu yang Allah jadikan mesti ada hikmahnya. Penemuan ketulan #fibroid dan #cyst saya anggap sebagai " Wake up Call". Saya merasa bagai kepala diketuk -ketuk untuk menyedarkan diri dari hidup yang selesa.
Allah tidak membenarkan saya menikmati keindahan makanan, kesihatan, dan tidur yang selesa. Saya muhasabah diri berkali-kali.
Makanan saya hanya sayur-sayuran mentah, buah-buahan , #Jiahor_Protin, #Jiahor_Pollen, #Jiahor_Lingzhi. Saya tidak makan nasi, daging, ikan, ayam, selama 2 bulan. Gula putih dan tepung putih pantang 100%. Ini termasuk tidak makan segala jenis roti, kuih muih.
Saya membuat #Castor_oil_pack sebagai penyahtoksin dari luar. Ini adalah bertujuan pembersihan hati.
Oleh kerana saya begitu ghairah menjalankan berbagai cara penyahtoksin badan, saya menjadi begitu tepu dengan proses ini.
Menjelang Ramadhan, 2 minggu selepas saya memulakan cara hidup baru saya ini, saya sudah menjadi sangat lemah.
Saya tidak boleh berpuasa.
Saya berada di dalam bilik tidur sahaja. Badan rasa seperti dalam pantang selepas bersalin. Sejuk , sentiasa berstokin, berbaju tebal.
Saya kedatangan haid kali kedua sejak pertama mendapat tahu tentang fibroid. Kali ini ketulan bagai biji sagu masih keluar. Beberapa kali keluar ketulan darah beku berupa hati lembu. Perut sakit. Tetapi Allah bagi kekuatan untuk meneruskan cara pemakanan saya. Pendarahan saya di bulan Ramadhan adalah selama 8 hari. Oleh kerana keadaan saya yang sangat lemah, saya hanya dapat berpuasa 9 hari sahaja Ramadhan tahun itu.
Dalam masa yang sama saya mula mencuba #Vitaking. Setiap kali minum #Vitaking ari-ari terasa berdenyut.
#Castor_oil_pack saya lakukan 3 kali seminggu. Setiap pagi saya minum air lemon atau limau nipis dicampur Sodium Bikarnonat.
Nasi masih tidak saya ambil langsung. Menjelang Syawal, keadaan badan beransur pulih tetapi masih lemah. Kami berhari raya di rumah sendiri . Saya belum cukup kuat untuk melakukan perjalanan jauh untuk pulang ke kampung.
Malahan kerja - kerja ringan di rumah pun saya tidak mampu lakukan.
Pada pagi Hari Raya saya menjamah ketupat. Itu lah nasi pertama saya sejak dua bulan.
(2.50 pagi. 14 / 20 / 2016)
InsyaAllah akan saya ceritakan bagaimana saya mendapat #Gerd selepas Hari Raya
Mariana Atan
Mariana Atan
(0192556043) hubungi melalui whatsap atau sms.
Saya dan Mariana ( adik saya)
Ulasan
Catat Ulasan