TINDAKKAN SUSULAN ( Day 3 )

Selasa 3hb. Januari 2017 7.47pm


Ada beberapa group orang yang harus di-followup -  bukan setakat prospek yang baru kita nak mula 'ngorat ngorat', akan tetapi termasuk juga yang nak mula berjinak dengan produk / bisnes kita dan juga yang dah lama jadi consumer tegar . Tak ketinggalan ialah individu individu yang tunjuk minat berbisnes mahupun comitted leaders . Tindakkan susulan ialah satu aktiviti ' on-going' , maka tu ia tergulung didalam 7-daily-habits yang wajib didalam shuanghor.

Pagini saya hubungi prospek terbaru yang mana saya tak pernah jumpa . Dia temui saya bulan lepas melalui blog saya dan kini telah pun mula consume dan repeat order , setakat ni dah ambil kopi CEO 3 kotak dan sebotol jiahor Lingzhi. Biasalah ada orang yang tak berapa nak cerita apa sebabnya yang sebenar mereka nak beli produk terutama sekali memang tak pernah kenal . Nak add dalam whatsapp group dia tak setuju , nak ajak masuk ahli pun dia kata nanti dulu , nak buat appointment OPP supaya boleh kita beri keterangan lanjut , katanya dia dah tahu tentang produk kita! So sebenarnya masih tertanya tanya .😅...

Untuk kes macamni :
  1. saya selitkan senaskah buku ringkas mengenai ganoderma ( rm1 sahaja) didalam barang barang dipesan tadi 
  2. Mana-mana info yang saya share di whatsapp group  , saya share pada nombor contactnya juga. Agak pasif taktik ni , takpe nampak dia suka bila saya buat macamni . Dia bagi 👍👌 .
  3. Selitkan juga namekad supaya dia kenali serba sedikit diri kita ; pada namekad ada info : fbpage , IG , website  dll...
  4. Bagi sampel produk yang dia tak pernah order  contohnya dua uncang Teh Luchun




Ulasan

Catatan Popular