AUTISM ; DEPRESSION - punca tetap sama

Sabtu 23/6/18
8 Syawwal 1439 H
7.38 am

Bismillah .

Dua hari lepas saya berpeluang jumpa Wafi lagi . Sebenarnya tujuan asal nak hantar sekotak setengah Lactoberry je . Itu sahaja . Ibunya kata bekalan lactoberry untuk Wafi & adiknya dah habis . Tapi tulah , the beauty of berjumpa  'face-to-face' , macam2 cerita relevan dan penting ( campur jugak hilai ketawa bersilangan dengan topik2 yg kurang penting ) boleh terkeluar kan .........as opposed to texting di whatsapp memanjang . Padahal kami baru sangat mula berkenalan ,tak sampai dua bulan pun dan dah berjumpa 4 kali , setiap kali jumpa tu pun dalam keadaan yang berebut sebab masing2 ada yang nak dikejar ......pass stock Shuanghor dan bertukar simple hi's dan terus byee .

Kita berdua umpama two women in the same boot .....( dua orang ibu yang very concerned about anak masing2 yang sedang melalui ujian sambil belajar bende baru yang berkaitan dengan anak kita walaupun kami berbeza jauh dari segi umur : 20tahun difference , dan begitu juga anak2 kami : 18 tahun difference) .

Kali ni kita sama2 nampak improvement in our sons .......alhamdulillah ......mungkin pada mata orang lain terlalu2 kecik , tapi kepada kita sebagai ibu ( hanya ibu2 je yang boleh relate ni ) sekecik manapun harapan yg kita nampak kita tetap akan celebrate  'the light at the end of the tunnel' .

Perubahan yang kita share notes semalam Anak dia :
  • Ekspres jealousy bila adik keciknya manja dengan ibu . Sebelum ni takde such thing , muka selamba je seolah tak peka kpd apa2 pun
  • Ekspres excitement , tepuk tangan teruja bila bapa nya amik adiknya
  • Selalunya bila baca buku dia takde keluarkan suara , baru ni dia ucapkan ' pink  ! pink! pink! ' bila nampak picture bende warna tersebut dalam buku dia.
     
Anak saya :
  • Senyum bila diusik , sebelumni takde show emosi 
  • mula nak ikut abang nya keluar sikit sikit 
  • kurang mengasing/menyepikan diri  
Nota kecik :
  •  Ibu muda ni cadang saya find out about ' PLAY THERAPHY' .
  •  Sentuhan , pelukkan , cium 
  • Liver detox memainkan peranan penting - Shuanghor Products  : Yungkien ganoderma , lactoberry , CEO-coffee , Jiahor nutrihealth tablets , Luchun Cha




Ulasan

Catatan Popular