KENTUT : Just sharing.....
Ahad 12 Disember 2020
Bismillah Ar - Rahman Ar -Raheem .
Selama2 ni sering kami (' kam' - shuanghoreans ) nyanyikan pada anak-cucu , ahli keluarga , kawan2 , clients , downlines dll ....orang yang sihat kentutnya kuat bom bom bom bom... dan tak busuk !
Ada orang malu sangat bila terrrkentut , sampai merah2 muka ...
Ada orang pulak selamba je kentut kat mana2 suka tak kira bunyi kuat ke pelan ke .....pakai lepas je macam mende tu perkara biasa , umpama bersin ...
Masa saya di Riyadh dulu , kawan2 wanita yg berbangsa Arab sampai tahap masuk tandas semata2 nak kentut ...😆 ( this is a bit extreme i think )
Kalau terlepas depan orang ramai , ada kalanya jadi bahan gelak ketawa . kadang2 pulak jadikan orang marah ....
Kita tak sedar betapa kentut itu satu perkara yang penting hingga tiba satu ketika dimana kita dah tak boleh kentut lagi .....na 'uzubillah
Saya pun tak tahu rupanya kentut pun diguna sebagai salah satu daripada kayu pengukur untuk status kesihatan pesakit2 ketika didalam wad hospital , bukan hanya peralatan2 medikal . Yang ni saya discovered semasa ayah saya masuk wad di hospital Kluang dulu . Rutin pagi doktor2 pelatih dalam lawatan mereka dari seorang pesakit ke setiap pesakit yang lain ialah bertanya :
- ada buang air tak ?
- ada kentut tak ?
________________
Kisah 1.
Dulu2 masih ingat lagi saya dijemput buat sessi OPP di Sekolah Sukan Negara ( lupa nama sekolah ni ) . Penerangan ni untuk 3 orang wanita cleaners di sekolah tersebut . Setelah selesai OPP sempat pulak menjamu mereka sedikit kopi ceo dan sedikit teh luchun . Bukan jamu lah , nak bagi jamah je .....sambil tu selitkan aktiviti shiatsu untuk mereka .Semasa melakukan shiatsu keatas orang yang ketiga tu .......macam sakit sangat pebila kayu shiatsu tu baru je nak menyentuh perlahan pada mana 2 bahagian badanya . Walupun saya buat tu pelahan sangat , beliau memang tak boleh nak tahan ...katanya terlalu sakit ...so saya terpaksa berhenti gunakan kayu . Next , saya guna tapak tangan dan tepuk-tepuk 'cupping' dibahgian belakangnya . ......apa yang berlaku semasa menepuk2 belakangya buat kami semua terkejut besar !! Tetiba wanita tu mengelupur-lupur seakan dirasuk ...sambil tu terbelahak keras . Saya pun rasa takut jugaklah , macam ada hantu nak keluar ....😈.... rasa nak cabut keluar dari bilik kecik tu , pun ada . Lepastu beliau jerit2 , katanya nak muntah , nak muntah !! Sambil terbelahak2 terus . Kita bagi dia beg plastik untuk muntah , tapi takde apa2 yang keluar melainkan sendawa2 angin yg kuat , tak berhenti2 . Nampaknya macam sakit bila nak muntahkan angin2 tu . Suara yg diluarkan pun kuat sekali . Bayngkan senario macam ada makhluk yg meronta2 mahu keluar . ....Kami hanya lihat , bila nampak reda saya tepuk lagi , nanti terbelahak lagi . Setelah beberapa minit perkara ni berlangsung .....dan dah habis agaknya apa yang patut keluar , katanya legaaaaa ....badan semua rasa ringan . Barulah dapat soal apa masaalahnya selama lama ni , obviously banyak angin tu satu hal . Rupan2 nya selama2 yang dia ingat dalam hidupnya dia TAK PERNAH KENTUT . ....
Subhanallah . Nampak tak betapa besarnya nikmat kentut dan apa akibatnya jika kita tak dapat kentut ? 💨💨💨
________________
KISAH 2
Saya ada kenal seorang wanita ni , nampak pada mata kasar dia sihat . Cumanya dia agak obese yang mana berat badanya tak boleh turun2 walaupun dah cuba macam2 cara dan dia ada jugak buasir teruk , masaalah mata .....dll .....paling terbaru dia ada penyakit vertigo
Ha.....wanita ni tak pernah kentut jugak dan tak pernah berpeluh ( walaupun semasa main netball ditengah panas ) dan tak pernah keluar air mata .
Bayangkan ....
_________________
KISAH 3
Ni yang paling terbaru cerita berkait dengan kentut dan paling sedih sebab ia melibatkan sepupu saya sendiri . Beliau berumur semuda 42 tahun . Beliau ( arwah meninggal pada jumaat dua minggu lepas) disahkan menghidap kanser usus . Dan tak dapat buang air besar ataupun kentut kerana ketumbuhan dah block saluran najis . Subhanallah tersiksa bila tak dapat nak lakukan perkara2 begini yang kebanyakkan kita tidak mensyukuri .
Semoga menjadi iktibar bagi kita2 yang banyak mengabaikan penjagaan kesihatan .
Sebelum saya akhiri ....baru2 ni saya di berkatkan berkenalan dengan seorang staff-nurse . Baru saya tahu , rutin check check kentut pesakit di wad hospital waktu pada waktu pagi rupanya bukan a one-off seprti yang saya saksikan dalam kes bapak saya di hospital kluang . Rupamya ia adalah suatu standard procedure yang sepatutnya diamalkan di semua hospital ... kisahnya .
💨💨💨
Last last , teringat pulak dulu dulu upline saya pernah joke about this ; kata beliau bila kita jumpa orang sudah jadi kebiasaanya kita bertanya : ' dah makan ke belum ? ' walhal kita ni kebanyakkanya dah over-makan ! dari celik mata sampai dah nak tidur asyik mengunyah je . ....ada late-night supper lagi 😓😓. ....satu ungkapan ( soalan) yang tidak relevan terutama sekali diMalaysia . Suatu persoalan yang agak salah yang kita sudah budayakan sekian lama . Why not kita ubah this question . Lain kali bila jumpa orang2 , terutama sekali orang2 yang kita sayang ( anak , cucu , ibu , bapa dll ) .....cuba tanya " dah buang air ke-belum ?' .....' dah kentut ke belum"
~ Bebelan Random~ 💓
Ulasan
Catat Ulasan